SPEKSIFIKASI RAWATAN
ANAI-ANAI DENGAN KAEDAH PENGGERUDIAN, SUNTIKAN RACUN KEDALAM TANAH DI STRUKTUR BANGUNAN DAN SEMBURAN KERANGKA KAYU BUMBUNG RUMAH/BANGUNAN
SECARA BERSEPADU
UNTUK MENGAWAL
ANAI-ANAI DARI MEMBUAT KOLONI BARU SEKALAIGUS RAWATAN INI JUGA AKAN
MEMUSNAHKAN KOLONI ANAI-ANAI YANG AKTIF. SPESIFIKASI INI JUGA BERPERANAN SEBAGAI BENTENG RACUN UNTUK JANGKA MASA PANJANG SEPERTIMANA TERTERA PADA LABEL RACUN KETAHANANNYA MENGURAI DALAM TANAH.
HUBUNGI KAMI MELALUI
TERMITES TOLL FREE 1800-88-8118
HQ Office Hour: 06-675 0818
WhatsApp/Call: 013 222 8180
Fakta: Mengenai
Anai-Anai
“ Queen atau Ratu
anai-anai akan menetaskan telur sebanyak 30,000 sehari Bersamaan 10,950,000
dalam masa Setahun dan menetaskan telurnya dalam jangka hayat Ratu selama 15
tahun bersamaan 164,250.000 Telur untuk kitaran hidup Ratu anai-anai dalam satu
koloni “
Anai-anai ialah serangga sosial
yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat
sarang dalam tanah atau kayu.
Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun,
terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang
berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan
hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600
telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae,Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae,Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.
Organisasi
sosial
Kitaran hidup
anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan
permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan
anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap).
Kelekatu ini juga
dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik
berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai
jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya
selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan
permaisuri serta membina koloni baru.
Anai-anai pekerja
biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap
dan mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga)
yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.
Selain itu, anai-anai
peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk
menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti
anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa
tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini.
Kebanyakan anai-anai
makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari
mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.
No comments:
Post a Comment