Ants,Cockroaches, Rats.
LAPAN PETUA HALAU TIKUS BUKAN CARA KAMI MEMBANTERAS GEJALA PEMBIAKANNYA.
Kadangkala apabila rumah sudah lama dan penuh dengan barang-barang terpakai, haiwan perosak tikus mula menyerang.
Jika ada masalah tikus, kenalah cepat-cepat hapuskan! Bahaya dari segi kesihatan dan juga merosakkan rumah.
Kalau dari segi kesihatan, penyakit kencing tikus semenangnya boleh membunuh.
Di sini ada 8 petua untuk menghapus haiwan perosak ini.
Jom Baca:
1)Lada Hitam
Ambil lada hitam serbuk dan taburkan di kawasan tikus.
2)Perangkap tikus.
Perangkap memang terbukti berhasil. Boleh beli di kedai atau buat sendiri. Sila google perangkap tikus DIY. Mudah je buatnya. Letak perangkap dan umpan di tempat yang disyaki ada tikus.
3) Jering.
Sediakan jering bersama tangkai hingga kering di dapur.
4)Kulit durian.
bau durian yang tajam membuatkan tikus tidak suka. Boleh cuba letak sehari dua di kawasan tikus. Tapi siap sedia dengan bau semerbak seluruh rumah dengan durian. Hehe
5)Serai wangi.
Serai wangi sememangnya berfungsi untuk menghalau haiwan perosak. Ini termasuk tikus.
6)Bela kucing.
Bela kucing, dan selalunya sikap semula jadi kucing, ia boleh membunuh tikus.
7)Daun pandan.
Keharuman bau pandan menyebabkan tikus tak suka untuk mendekati kawasan itu.
8) Kapur barus.
Tabur kapur barus yang telah dihancurkan menjadi serbuk di lubuk tikus.
Ini adalah antara tipsnya. Bolehlah cuba..
KALAU TAK BERKESAN BARU CUBA PERKHIDMATAN KAMI...
CARA KAMI PAKAI RACUN, NAMPAK KEJAM NAMUN KITA SELAMAT DARI GEJALA PEMBIAKANNYA DAN SANGAT BERKESAN.
UMPAN RACUN SANGAT BERKESAN WALAU SPESIFIKASINYA SANGAT KEJAM.
TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment